TTT Stream Yard Live Streaming Studio

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15-16 Ogos 2020, telah berlangsungnya kursus menggunakan aplikasi percuma Stream Yard Live Streaming Studio yang dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Kg Taee. Kursus ini telah dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi ZOOM selama lebih kurang 2 jam dan melibatkan semua kakitangan pusat internet di seluruh Malaysia di bawah kelolaan NERA (M) Sdn Bhd.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan pusat internet tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan Stream Yard Live Streaming Studio. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:

• Pendaftaran Laman Web Streamyard
• Cara menghubungkan Stream Yard dengan Facebook Page Pusat Internet masing-masing.
• Membuat Broadcast atau Live Streaming.
• Membuat penjadualan (schedule for later) untuk jangka masa siaran langsung.
• Membuat thumbnail untuk iklan siaran langsung.
• Pengaktifan mikrofon dan kamera.
• Menghubungkan studio siaran langsung dengan pilihan skrin (sharing screen).
• Cara membuat tayangan komen dan banner di skrin bawah.
• Menguruskan Dashboard Studio.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali